Tuesday, May 13, 2014

Roti sarang lebah

Mencuba jugak lah resepi roti yg tengah dok viral ni...




Ni Resepi kawan bagi....

ROTI SARANG LEBAH - ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey

DOH✏️
2 cawan tepung gandum 
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik 
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.

Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.

Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.

Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. 

Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda 
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya

Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.

Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.

Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


Sebelum adun roti tu.. siapkan lah dulu sos butterscotch nya...

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .


Saya buat dua adunan sbb satu adunan tu macam sikit jer... 

Saturday, April 19, 2014

muffin pisang



Pantai Teluk Kemang



Perancangan yg singkat.. tergerak hati nak menikmati permandangan pantai..
Syukur Alhamdulillah.. teman sehati sejiwa amat memahami.. sememangnya citarasa kami mmg sama bab percutian.. pantai memang menjadi pilihan.. 

Apartment Regency Tg Tuan menjadi pilihan.. 
menyusuri pantai seperti menyusuri kenangan lalu ketika anak2 masih kecil..hujung minggu.. disinilah tempat kami berkunjung ..
Masa berjalan.. tak sedar dah hampir 7/8 tahun tidak menginap disini..
Si abang sulung sudah umur 20 thn.. adik 19 thn..kesempatan yg ada ini semasa dua orang ini bercuti kami ambil..
Elok sangat sebab dari sana bole terus ke Rembau melawat anak ketiga di asrama STIAS..
Sibungsu Amin Farhan.. sangatlah gembira dengan percutian bersama abang2 remaja yg rajin melayan dan menyakatnya..

permandangan indah ketika matahari naik..
 

Amin beria membina istana pasir..
Hidup meriah dengan Amin...


Lama betul rasa tak berenang.. mula- mula tercungap jugak.. once dah dapat gear.. macam tak bole berhenti pulak.. banyak lap jugak lah.. syukur masih diberi Allah kesihatan yang baik..



Last destinasi.. ke Rembau.. bertemu anaknda Hilman.. Alhamdulillah.. 

Terima Kasih !! Ya Allah atas nikmat kasih sayang yg Kau beri buat kami sekeluarga...

Tuesday, November 26, 2013

Garlic Rolls

Wah !! kawanku Saadiah Ahmad.. Dah mendahului geng meroti kali ni buat garlic rolls.. Resepi yg biasa cuma di garlic dan diroll kan.. Hmm rasa terbau bau garlicnyer.. Hmmm

Kali ni rotinyer not by BM lagi da.. Tapi by cek Merah.. 
Nak tempeklah kat sini Toys baru dia yg mmg menjadi idaman setiap wanita , Hihihi tapi memandangkan BM kami semua masih berkelakuan baik lagi .. Guna jer lah selagi hayatnya masih ada..




Ini resepi asal .. Garlic Roll tapi boleh jer guna resepi mana2  roti manis cuma bentuknyer boleh diadaptasi seperti ini:





Ini lah rupa cik Merah pujaan hati puan Saadiah... 

Saturday, November 23, 2013

Yellow river Bun

Roti ni buat 2 hari lepas... Tak sempat nak posting...
Idea dari kawan lama yg lately jumpa n mesra balik melalui group
WA.. 
Semua kengkawan dah try dan berjaya dgn cemerlangnya.. 
Sekarang buat roti asyik guna teknik water roux ja sbb menghasilkan roti yg lembut,gebu tak perlu lagi improvervor softner..
Resepi roti ni bole jer guna resepi bun manis.. Cuma paternnyer je yg lain.. 
Bhg atas bun bulat tu di potong atau belah .. Guna gunting senang.. Dan disumbat dgn butter dan tabur gula.. Hasilnya mmg menarik..

Roti Boy




Resepi nya:


Filling nya:

200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar



Percubaan pertama ... 
Hmm sedap... Biasa dok buat roti sosej ja...

Thursday, October 31, 2013

Kek coklat kukus


Trying this recipe tonight..

Kek coklat kukus - Kek coklat kukus
Bahan A-diayak bersama
1-3/4 cwn tpg gandum
1 cwn serbuk koko
1-1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
Secubit garam

Bahan B - dipukul 
3 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C - dikacau
1 cwn air panas
1 -1/2 cwn gula

1 cwn susu sejat (evaporated milk)
1 cwn minyak jagung

Cara - cara
1. Campurkan bhn B dan C - kacau
2. Masukkankan susu sejat-kacau
3. Masukkan bhn A - kacau dan tapis sekiranya perlu
4. Masukkan minyak-sebatikan
5. Kukus 45 min-1 jam
 Ps: Kalau buat cupcakes   kukus 10 min.