Showing posts with label maruku. Show all posts
Showing posts with label maruku. Show all posts

Tuesday, February 3, 2009

MARUKU...the making of...


Inilah cara menekan adunan ke dalam minyak yang panas, minyak pun kena adjust jugak,terlalu panas hangus nanti...


Monday, February 2, 2009

MARUKU..












Bahan-bahan:

1 paket tepung kacang kuda
1 paket tepung ubikayu
2 labu bwg besar
1 biji telur
2 sudu besar majerin
1 sd besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih*
1 sudu besar lemuju*
2 sudu besar bijan
2sudu besar lada hitam*.
100gm udang kering
1 mangkuk santan
4 sudu teh garam
2 sudu teh gula
2/3 sudu besar serbuk cili.

Cara-cara:

1.Campurkan sepeket tpg kacang dan 3/4 paket tpg ubi,gaul rata..masukkan majerin..gaul rata.
2.Bhn bertanda* diblend sehingga halus.Rendam udang kering sehingga lembut,kemudian di blend.Masukkan kedlm campuran tepung.tambah serbuk cili..gaul rata..
3.masukkan santan kedlm blender,masukkan bawang yg dipotong kecil, campur telur,garam dan gula..diblend bersama sehingga halus.
4.masukkan campuran santan ini kedalam campuran tepung tadi,dan dikacau rata..last, masukkan bijan dan dikacau rata..
5.Sekiranya adunan lembik..tambah lebihan tpg ubikayu tadi..adunan jgn terlalu keras nanti susah nak menekannya dari acuan..
6.masukkan 2-3 sudu besar adunan kedalam acuan maruku..tekan adunan kedalam minyak yg telah dipanaskan terlebih dahulu di dalam kuali....rujuk gambar untuk lebih jelas.

MARUKU....


Kudap-kudapan yg digemari oleh my kids n hubby adalah maruku. Sejak dapat resepi dari mak tepen after raya lepas, aktiviti membuatnye boleh dikatakan every month,setakat ni dah 8/9 kali dah buat...setiap kali buat can last 2,3 days je...kejap ada! kejap elek!...kali ni nak perturunkanlah ilmu ni utk tatapan anak menantu kelak...sape2 nak try pun boleh...