Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

Roti sarang lebah

Mencuba jugak lah resepi roti yg tengah dok viral ni...




Ni Resepi kawan bagi....

ROTI SARANG LEBAH - ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey

DOH✏️
2 cawan tepung gandum 
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik 
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.

Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.

Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.

Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. 

Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda 
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya

Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.

Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.

Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


Sebelum adun roti tu.. siapkan lah dulu sos butterscotch nya...

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .


Saya buat dua adunan sbb satu adunan tu macam sikit jer... 

Tuesday, November 26, 2013

Garlic Rolls

Wah !! kawanku Saadiah Ahmad.. Dah mendahului geng meroti kali ni buat garlic rolls.. Resepi yg biasa cuma di garlic dan diroll kan.. Hmm rasa terbau bau garlicnyer.. Hmmm

Kali ni rotinyer not by BM lagi da.. Tapi by cek Merah.. 
Nak tempeklah kat sini Toys baru dia yg mmg menjadi idaman setiap wanita , Hihihi tapi memandangkan BM kami semua masih berkelakuan baik lagi .. Guna jer lah selagi hayatnya masih ada..




Ini resepi asal .. Garlic Roll tapi boleh jer guna resepi mana2  roti manis cuma bentuknyer boleh diadaptasi seperti ini:





Ini lah rupa cik Merah pujaan hati puan Saadiah... 

Saturday, November 23, 2013

Yellow river Bun

Roti ni buat 2 hari lepas... Tak sempat nak posting...
Idea dari kawan lama yg lately jumpa n mesra balik melalui group
WA.. 
Semua kengkawan dah try dan berjaya dgn cemerlangnya.. 
Sekarang buat roti asyik guna teknik water roux ja sbb menghasilkan roti yg lembut,gebu tak perlu lagi improvervor softner..
Resepi roti ni bole jer guna resepi bun manis.. Cuma paternnyer je yg lain.. 
Bhg atas bun bulat tu di potong atau belah .. Guna gunting senang.. Dan disumbat dgn butter dan tabur gula.. Hasilnya mmg menarik..

Roti Boy




Resepi nya:


Filling nya:

200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar



Percubaan pertama ... 
Hmm sedap... Biasa dok buat roti sosej ja...

Saturday, January 5, 2013

Bakery Again!!

Selagi anak2 suka...




Tuesday, December 18, 2012

Roti sosej

Pagi ni projek membuat roti pulak..

Resepinya:
180ml air suam
400gm tpg gandum jer
5sudu besar gula
2 sudu besar susu tpg
1sd teh garam
2sd teh serbuk yis
1sd teh bread improver
60gm butter/marjerin
1biji telor

Cara- caranya:

1.masukkan semua bahan ke dalam breadmaker ikut turutan. Pilih menu untuk buat doh roti. ON kan
2.Bila dah siap,Biarkan dlm breadmaker selama 20min.. Hingga naik sekali ganda.then keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
3.Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
4. Ambil satu bahagian bentukkan panjang kmdian lilitkan pada sosej.. Biarkan adunan seketika..bila dah naik Sapu dgn telur yang dipukul dgn sedikit susu cair.
5. Bakar dlm oven pada suhu 180•c selama lebihkurang 18min





Sunday, March 15, 2009

Roti puri



Semenjak kandungan 7 bulan lebih ni..bangun pagi mesti nak makan yang berat2..nasi ka roti ka..pas tu rehat jap..then baru boleh buat keje rumah..smalam bibik call kata tak dapat balik lagi, anak dia dah masuk wad..tapi sampai ari ni pun tak beranak2 lagi..dia mintak maaf banyak2 sbb dah lebih cuti dari sepatutnya..dan mintak jangan pecat dia..takkan la I nak pecat pulak..I ni pun dah nak meletup..so I bersabar je la..lg pun dah cuti sekolah..tak la sesibuk waktu sekolah sgt..

Actually roti ni buat pagi semalam..resepi diambil dari myresipi..kuahnye I pakai sadin jer..cepat dan sedap..maklumlah..dah lapar..sume nak masak yang cepat2 je..ayam ada kalau nak masak kari,tapi lambatla sikit nak prosesnyer..Bentuk roti pun tak tentu hala je..nak cepat..masa somi makan dia surprise sebab kembung macam ikan buntal..aik..naper kosong kat dalamnyer..komen dia..ngap!ngap! tak sedardah 3,4 biji masuk mulut..roti ni kalau makan panas-panas..sedap dan rangup..

Bahan-bahan membuatnya...

4 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis kering
300ml air panas*
6 sudu besar minyak masak*
1 sudu teh garam*
4 sudu besar gula*
50-70ml air sejuk
minyak untuk menggoreng secukupnye.

Cara-caranye..

Campurkan bahan yang bertanda*,kacau sampai gula,garam larut..
Gaul rata tepung dengan yis,kemudian campurkan bahan cecair kedalam adunan tepung..gaul rata sampai sebati..jika masih berderai,tambah dengan air sejuk tadi sedikit2 sehingga adunan tak lekat di tangan dan licin...tak perlu menguli beria2..kemudian rehatkan sebentar dalam 15-30min..lepas tu ambil adunan ,kepalkan bulat2 dan canai ikut saiz yang disukai..canai nipis macam nak buat kulit karipap..then goreng dalam minyak yang sederhana panas..dan dibalik2kan roti..supaya masak sekata..
Adunan diatas I buat sekali ganda dari resepi asal, so dapat dalam 20 biji lebih..lebih semalam simpan dalam peti sejuk..n pagi ni goreng lagi..tadi I makan dengan susu pekat..hmm sedapnyer..

Sunday, February 15, 2009

ROTI....





Roti merupakan makanan ruji keluarga kami,boleh dikatakan..tiap tiap minggu jugalah ini tauke kena membuatnya...sejak membeli breadmaker(BM) pada 9.1.2008 lalu, hmm dah setahun umurB.M ku..semakin aktiflah aktiviti membuatnye..campak je segala bahan dalam tu..lepas 1 1/2 jam bila dia jerit..pergilah ambik adunan dalam tu,buatlah apa-apa jenis roti yg disukai...
Resepi untuk membuat roti ni,dapat dari kengkawan dalam myresepi..




Resepi Basic roti

400gm tepung roti
190ml air suam
2 sudu teh yis kering
2 sudu besar mentega/marjerin
5 sudu besar gula caster
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh garam
1 biji telur

Cara-caranya:-

Kalau guna manual,masukkan gula,yis kedalam air suam,biarkan campuran berbuih,then masukkan tepung ,susu,garam,marjerin,telur ..uli sehingga sebati..kemudian biarkan 1/2 jam. bila naik..ambil adunan tadi ,pukul sket untuk membuang angin..bentukkan bulat2..rehatkan sebentar kemudian bolehlah dibuat berbagai jenis roti yg disukai seperti roti sosej ka,nak taruk inti kacang,kelapa..ikut selera dan kegemaran anak-anak lah...
Roti dibakar dalam15-20min je pada suhu 180 `c.