Sunday, March 15, 2009

Roti puri



Semenjak kandungan 7 bulan lebih ni..bangun pagi mesti nak makan yang berat2..nasi ka roti ka..pas tu rehat jap..then baru boleh buat keje rumah..smalam bibik call kata tak dapat balik lagi, anak dia dah masuk wad..tapi sampai ari ni pun tak beranak2 lagi..dia mintak maaf banyak2 sbb dah lebih cuti dari sepatutnya..dan mintak jangan pecat dia..takkan la I nak pecat pulak..I ni pun dah nak meletup..so I bersabar je la..lg pun dah cuti sekolah..tak la sesibuk waktu sekolah sgt..

Actually roti ni buat pagi semalam..resepi diambil dari myresipi..kuahnye I pakai sadin jer..cepat dan sedap..maklumlah..dah lapar..sume nak masak yang cepat2 je..ayam ada kalau nak masak kari,tapi lambatla sikit nak prosesnyer..Bentuk roti pun tak tentu hala je..nak cepat..masa somi makan dia surprise sebab kembung macam ikan buntal..aik..naper kosong kat dalamnyer..komen dia..ngap!ngap! tak sedardah 3,4 biji masuk mulut..roti ni kalau makan panas-panas..sedap dan rangup..

Bahan-bahan membuatnya...

4 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis kering
300ml air panas*
6 sudu besar minyak masak*
1 sudu teh garam*
4 sudu besar gula*
50-70ml air sejuk
minyak untuk menggoreng secukupnye.

Cara-caranye..

Campurkan bahan yang bertanda*,kacau sampai gula,garam larut..
Gaul rata tepung dengan yis,kemudian campurkan bahan cecair kedalam adunan tepung..gaul rata sampai sebati..jika masih berderai,tambah dengan air sejuk tadi sedikit2 sehingga adunan tak lekat di tangan dan licin...tak perlu menguli beria2..kemudian rehatkan sebentar dalam 15-30min..lepas tu ambil adunan ,kepalkan bulat2 dan canai ikut saiz yang disukai..canai nipis macam nak buat kulit karipap..then goreng dalam minyak yang sederhana panas..dan dibalik2kan roti..supaya masak sekata..
Adunan diatas I buat sekali ganda dari resepi asal, so dapat dalam 20 biji lebih..lebih semalam simpan dalam peti sejuk..n pagi ni goreng lagi..tadi I makan dengan susu pekat..hmm sedapnyer..

2 comments:

  1. wah...tgh maju ke depan pun hg masih rajin. bak sikit sini, aku kena tinggal sorang2, member of the house pi KL.

    ReplyDelete
  2. maju depan ke, ke belakang ke..tanggungjawab as a mother,wife..kena la laksanakan ..setakat yang mampu..Semuga Allah beri kemudahan selalu..amin.

    ReplyDelete