Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Friday, September 18, 2009

TART GULUNG

Adunan tart ni dah prepare this morning..tapi sbb yesterday dah monteng keje..so hold dululah aktriviti membakarnya..pas balik keje dah kul 5 lebih, sibuk prepare for breaking fast pulok...sampailah lepas isyak..lepas tidokan Amin..barulah mula keje2 menggulung dan membakar...kul 10.30pm siap..resepinya sama mcm tart bunga( sebenarnya tart kelopak dari blog mat gebu).

Wednesday, September 16, 2009

Tart munge...


Selepas buat cornflakes tadi..sambung pulak dengan tart munge...tgok mat gebu buat cantek! cek punya cam comot jer...ada 2 version satu buh jem strawberi satu lagi jem nenas....
tadi lepas buka posa..mamat 2 yg tadi terliur tu sibuk nak rasa ..the taste yummy....
Kalu sapa2 nak cuba ni ha..resepinya copy dari blog cik mat jer..

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 g marjerin
120 g mentega
60 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
50 g tepung jagung*
50 g tepung kastard*
300 g tepung gandum*(*digaul rata dan ayak)
Jem nenas secukupnya (mat guna jem berperisa strawberry)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar marjerin, mentega, gula aising, kuning telur dan vanilla hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga manjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 4 mm, terap dengan acuan bentuk bunga, perlahan2 gunakan hujung pisau, masukkan ke dalam paper cup kecil yang telah dialas ke dalam tin "patty".
  3. Gentel2 jem sebenar duit 10 sen dan letak di bahagian tengah doh tadi, tekan sedikit biar kemas. Hias ikut kreativiti masing. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Menghasilkan kurang lebih 80 hingga 90+ biji tat.....

Cornflakes chocolate macaroons

Pagi ni wat juadah raya yang senang bangat ni, resepi cedok dari blog bro Rozzan...ala gambark tak berapa clear la pulak ya...apa-apa aje lah..

Bahan-Bahan
225 gm corn flakes (atau almond flakes)
180 gm choc renchoco/choc chips
175 gm gula halus
3 biji putih telur (saiz yg besar)
1-2 sudu the esen vanilla

Cara-Cara:
Pukul putih telur dgn esen vanilla dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga betul-betul pekat (stiff). Setelah itu, masukkan cornflakes dan renchoco/choc chips dan gaul rata-rata. Anda boleh juga masukkan kira-kira 50 gm kacang( srpti badam, walnut, hazelnut, etc). Setelah itu masukkan ke dalam acuan cupcakes yg kecil dan bakar hingga masak dan rangup dgn suhu ketuhar sekitar 140 darjah Celsius selama kira-kira 20-30 minit (tergantung kpd ketuhar anda).

Sunday, September 13, 2009

BUTTER COOKIES


Ini baking project kedua..pepagi lg dah siap2..tapi beselah..dak kecik tu jaga awai.masa nak solat subuh dia dah bangun...abah pulak ke masjid n ahad ada ceramah ..so lambat lah nak tggu abah balik...kenalah layan Amin ni...sambil tu..siap2kan bahan2..Amin ..letak je kat port dia..depan Tv..mula2 enjoy lah tgok t.v lama2 bosan..mulalah jerit2 , panggil orang gamaknya...Bila abah balik jer terus hand over...sampai mama siap membakar ..kul 11.00 dah settle..n baring2 jap..Amin.. abah dah mandikan n tidurkan...lega..mama pulak boleh rehat...

Butter cookies boleh dikatakan every yer lah buat...tapi tahun ni buat satu adunan jer..maklumlah..buat sorang2..masa buat ni terkenang2 kalulah anak sulungku itu perempuan tentu seronok juga ada teman...tapi apakan daya anak lelaki ku semuanya jantan sejati...tapi syukur juga sekurang2nya ada jugak anak..setengah pasangan tu..lagilah..sekerat anak pun x dak...lagi sedih..at least anak jantan ni apa2 kita masak depa makan...licin! Alhamdulillah... anak2 jantan ku ini lah yang memberikan ku semangat untuk terus maju dalam bidang masakan...he he...