Wednesday, September 16, 2009

Tart munge...


Selepas buat cornflakes tadi..sambung pulak dengan tart munge...tgok mat gebu buat cantek! cek punya cam comot jer...ada 2 version satu buh jem strawberi satu lagi jem nenas....
tadi lepas buka posa..mamat 2 yg tadi terliur tu sibuk nak rasa ..the taste yummy....
Kalu sapa2 nak cuba ni ha..resepinya copy dari blog cik mat jer..

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 g marjerin
120 g mentega
60 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
50 g tepung jagung*
50 g tepung kastard*
300 g tepung gandum*(*digaul rata dan ayak)
Jem nenas secukupnya (mat guna jem berperisa strawberry)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar marjerin, mentega, gula aising, kuning telur dan vanilla hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga manjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 4 mm, terap dengan acuan bentuk bunga, perlahan2 gunakan hujung pisau, masukkan ke dalam paper cup kecil yang telah dialas ke dalam tin "patty".
  3. Gentel2 jem sebenar duit 10 sen dan letak di bahagian tengah doh tadi, tekan sedikit biar kemas. Hias ikut kreativiti masing. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Menghasilkan kurang lebih 80 hingga 90+ biji tat.....

No comments:

Post a Comment