Sunday, February 15, 2009
ROTI....
Roti merupakan makanan ruji keluarga kami,boleh dikatakan..tiap tiap minggu jugalah ini tauke kena membuatnya...sejak membeli breadmaker(BM) pada 9.1.2008 lalu, hmm dah setahun umurB.M ku..semakin aktiflah aktiviti membuatnye..campak je segala bahan dalam tu..lepas 1 1/2 jam bila dia jerit..pergilah ambik adunan dalam tu,buatlah apa-apa jenis roti yg disukai...
Resepi untuk membuat roti ni,dapat dari kengkawan dalam myresepi..
Resepi Basic roti
400gm tepung roti
190ml air suam
2 sudu teh yis kering
2 sudu besar mentega/marjerin
5 sudu besar gula caster
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh garam
1 biji telur
Cara-caranya:-
Kalau guna manual,masukkan gula,yis kedalam air suam,biarkan campuran berbuih,then masukkan tepung ,susu,garam,marjerin,telur ..uli sehingga sebati..kemudian biarkan 1/2 jam. bila naik..ambil adunan tadi ,pukul sket untuk membuang angin..bentukkan bulat2..rehatkan sebentar kemudian bolehlah dibuat berbagai jenis roti yg disukai seperti roti sosej ka,nak taruk inti kacang,kelapa..ikut selera dan kegemaran anak-anak lah...
Roti dibakar dalam15-20min je pada suhu 180 `c.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waduh...geram aku tengok, nampak sodap ehh..
ReplyDeletenanti kalau aku gi KL boleh buat special order ker?
Boleh aih...aku buat untuk hang yang montel-montel lg..he he..
ReplyDelete