Semasa pergi kedai Bagus bakeri aritu sbb nak beli glucose syrup untuk nak buat marsmellow, chek terjumpalah pulak acuan muffin yg kecik2 comel..so belilah..sbb dah lama dok cari2 ...yg dok jumpa besark2..
Kebetulan lepas buat marsmellow...kak faiz mai..so bolelah handover Amin sat...so bolehlah chek try test loyang muffin baru tu..alhamdulillah ok and tak melekat..tapi mula2 tu tak pandai nak adjust isi nya...
yg nampak ada muffin yg ada coklat cip tu..sbb separuh jalan..bluberi abih la pulak...so mcm2lah rhupe muffin kali ni...
Ari ni si Nazrin akan balik bercuti...so muffin ni mmg peberet dia....
oh ya..resepi nnti lah ya..sbb dok kilik Amin ni..tgn dia dah dok mencengkau keybod laptop...kang ada yg rongak lg....AMIN!!!Grrr....
Ni ha.. resepi dia..
Blueberry muffin
Bahan-bahan:
280gm butter
240gm gula castor
4 biji telur
2 camca kecil esen vanilla
250ml susu segar(1 kotak kecik susu dutch lady)
400gm tepung gandum(pakai tpg naik sendiri je)
4 camca kecil baking powder(tak bubuh )
Blueberry filling secukupnya.
Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula caster hingga berkrim dan putih gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan.
4. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Pukul sebati.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam batter sedikit demi sedikit. Jangan terlebih mengadun.
6. Isikan adunan ke dalam muffin cups separuh penuh. Isikan sesudu blueberry filling dan
tutup semula dengan batter sehingga tiga per empat penuh.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min -30min.