Friday, February 26, 2010

marshmellow!!




Ari ni..cuti maulud nabi..budak2 bercutilah dari pergi sekolah..tapi mak2 ni..mana ada istilah cuti sebenar...keje memanjang..tak keje cari rezeki,keje umah,tak keje umah,keje bertenet..kwang! kwang!..bertenet ni..sambil2an..sementara tggu mesin kain, sementara buaikan anak..sementara tunggu bubur nasi Amin masak..kdg2 sampai hangit pulak..ha ha ha

So..sempena budak2 bercuti..mak ni nak lah tunaikan permintaan anak ex bungsu..yg 2 3 ari lepas..masa amik balik dari sekolah..tunjukkan menatang marshmellow sebungkus yang dibeli dari cikgu(cikgu pun buat bisnes ka?)..adalah 4 ketui besark siling 5 posen dgn rege rm1 hengget.."mama buatlah marsmellow ni..Hilman suka.." sambil mulut dok menjilat2 saki baki gula kat jari...Oklah..nanti mama cuba..rasa2nya pernah terjumpa dlm blog Cik Mat Gebu..jejaka yg mmg terkenal dgn kerajinan dan kehandalan masak-memasak..smpai anak2 chek pun dah kenai..di alam maya jer lah...

Si mak ni pun..mulalah beroperasi tgh tadi,pendek kata berexperimentlah..masa depa p solat jumaat...bahan2 mmg dah sedia ada..gelatin halagel memang ada pun,sbb kat kedai farmasi chek jual sumer produk Halagel...

Resepinya cilok dari blog mat gebu ..dia pun cilok dari orang lain jugak..beselah adat...

Bahan-Bahannya :-)
1/4 cawan tepung jagung (cornstarch)*
1/3 cawan aising sugar*(*disatukan dan ayak)
21 g gelatin halal
1/3 cawan air
2/3 cawan gula halus
1/2 cawan corn syrup/glucose syrup
Secubit garam
1 camca teh strawberry emulco (atau apa2 perisa yang digemari)

Cara membuatnya :-)
  1. Lenser dasar dan tepi tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan sedikit minyak, tabur rata bahan yang diayak dan ketuk keluar lebihannya. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. Satukan gelatin bersama air, biar 5 minit, masukkan gula dan masak atas api perlahan sambil dikacau hingga larut.
  3. Masukkan ke dalam mixing bowl bersama2 corn syrup, strawberry emulco dan secubit garam. Putar pada kelajuan tinggi selama 15 minit (mat putar 10 minit je). Kemdian alih ke dalam bekas tadi dan ratakan.
  4. Biar keras sekurang2nya 2 jam (jgn letak dalam peti sejuk!). Kemudian potong dengan pisau yang dibasahkan (tapi mat guna pisau yang dicelup dalam tepung) ikut bentuk yang diinginkan. Salut rata2 dengan lebihan gula aising tadi dan simpan dalam bekas kedap udara.
inilah rupa peket gelatin tu.


Ini pulak glucose syrup..boleh beli kat kedai "Bagus".Rege rm1.90 je.


Adunan semasa dimixer..berbuih dan menjadi kental.

Dalam loyang ...biarkan mengeras...

Ish lepas berhempas pulas menyiapkan bendalah ni..rasanye dak lah sedap mana pun pada tekak orang tua mcm kita ni..(macam kata2 Mat Gebu pulak)..
and sebab perstime buat,,adalah berlaku ralat2 yg perlu diperbaiki lagi..antaranya..terlembik lah sikit..ok lain kali leh cuba lagi....Bilalah pulak tu??

2 comments:

  1. walaupun lembik tapi sedap macam strawberry gitu... x payah nak nak bakar dah kat api cam omputeh makan depan campfire tuh... next try for rupa plak... hehe

    ReplyDelete
  2. Eee..k.f tau..budak2 tu bakar jugak kat api..abis meleleh2 kat dapurku..geram tul! org dah kata jgn bakar sbb x brapa jadi..depa dok bakark jugak..kata sedap!

    ReplyDelete