Friday, February 1, 2013

Kuih lopes

Teringat masa bibik ada dulu.. Mak yang ajarkan dia buat kuih lopes Cara rebus.. Lepas tu selalulah dia buat..skrg dia dah tak ada .. Saya kalau buat , kukus jer..

Cara mak yg "asli" kuih ni lepas dibungkus daun pisang direbus macam rebus ketupat..( pulut tu pulak masih mentah.. Dan akan masak semasa proses merebus.. )
Tapi org zaman sekarang ( kes ibu2 yang kebanyakannya bekerja) jangankan nak rebus.. ..lepas pulut dikukus dicetak aje buat bentuk ,bulat ke tiga segi ke.. So keaslian kueh ini dah hilang...
Tapi sbb masih ada sikit kerajinan ditambahi pokok pisang yg banyak belakang rumah.. Maka..saya balutlah dalam daun..cuma x rebus.. Hanya dikukus sahaja...
Amboi panjangnya dok bercerita.. Maka marilah kita tengok resepi dan layan gambar semasa penyediaan kuih ini..

Bahan2nya:

4 cwn beras pulut
( rendam 3/4 jam dgn sesudu besar air kapur dan pewarna hijau)
31/2 cwn santan cair
1/2 cwn air daun pandan( mesin 2/3,helai daun pandan dgn 1cwn air utk dapat pati pandan.
2 sudu teh garam( secukup rasalah)

Kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam

Air gula:
3 ketul gula melaka
5 sb gula gula putih
3 cawan air

Cara- caranya:

1.Tanak beras bersama santan dan air daun pandan ... Kacau selalu supaya tidak berkerak..masukkan garam.. Kacau sehingga kering..dan separuh masak..

2.Bila kering.. Biarkan sejuk sebelum di balut dengan daun pisang yang telah dilayurkan api dahulu.

3. Cara membalut bolehlah merujuk gambar...
Setelah selesai membungkus kesemua pulut tadi..kukuslah selama lebihkurang 15 min..

Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan digaul dengan kelapa parut .
Boleh dimakan dengan sirap gula melaka .














No comments:

Post a Comment