Monday, January 18, 2010

Facebook...????

Amin yg lasak..


Sedar tak sedar Amin dah 8 bulan..blog ni dah Tertukar jadi blog profile Amin pulak...masak memasak entah kemana...tapi tak lah bermakna dapur cek tak berasap....tetap menyala..kuali periuk belanga..tetap meriah..tapi dengan masakan yg cepat dan senang dimasaklah..malaihlah cek nak uplod gambark masakan tu..lg pun x sempat ..siap je masak pelanggan dah sapu...esp dinner time lah...tghari kdg2 tu lauk bungkuih kedai jer...




Disebabkan Amin yg semakin lasak..dan dah mendapat kebolehan baru iaitu memanjat...mama terpaksalah mengupgradekan babycot Amin kpd playpen..tapi pada Amin ianya lebih kepada sangkar emas yg mengurungnya...Amin sgt2 tidak suka..bila masukkan dlm ni..Amin akan menjerit...dia ni jenis adventure...seluruh pelusuk rumah dia nak explore...n nak taste...bab ni yg tak tahan!!!!

Thursday, January 14, 2010

Tahun 2010.....


Masa begitu pantas berlalu..2009 ditinggalkan dengan seribu kenangan..pelbagai peristiwa berlaku..ada suka dan duka.........

Sedar tak sedar..dah masuk pertengahan bulan Jan 2010 ni...lama betul tak update blog ni...
Sibuk sesangat...tapi Alhamdulillah...hujung tahun 2009...kami sekeluarga selamat berpindah ke rumah baru...syukur jugak kepada Allah..hajat untuk mengadakan kenduri kesyukuran tercapai walaupun dah last2 min decide...

Thursday, October 29, 2009

Amin's first raya @ Kedah

Amin's 1st jeans and shirt


captured & posted by teh

Wednesday, October 28, 2009

Amin's first raya

Amin dengan aktiviti feveret dia... mencengkau..

Baju raya Raihan

don't mess with me dude or my big brothers will find you...

Friday, September 18, 2009

TART GULUNG

Adunan tart ni dah prepare this morning..tapi sbb yesterday dah monteng keje..so hold dululah aktriviti membakarnya..pas balik keje dah kul 5 lebih, sibuk prepare for breaking fast pulok...sampailah lepas isyak..lepas tidokan Amin..barulah mula keje2 menggulung dan membakar...kul 10.30pm siap..resepinya sama mcm tart bunga( sebenarnya tart kelopak dari blog mat gebu).

Wednesday, September 16, 2009

Tart munge...


Selepas buat cornflakes tadi..sambung pulak dengan tart munge...tgok mat gebu buat cantek! cek punya cam comot jer...ada 2 version satu buh jem strawberi satu lagi jem nenas....
tadi lepas buka posa..mamat 2 yg tadi terliur tu sibuk nak rasa ..the taste yummy....
Kalu sapa2 nak cuba ni ha..resepinya copy dari blog cik mat jer..

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 g marjerin
120 g mentega
60 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
50 g tepung jagung*
50 g tepung kastard*
300 g tepung gandum*(*digaul rata dan ayak)
Jem nenas secukupnya (mat guna jem berperisa strawberry)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar marjerin, mentega, gula aising, kuning telur dan vanilla hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga manjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 4 mm, terap dengan acuan bentuk bunga, perlahan2 gunakan hujung pisau, masukkan ke dalam paper cup kecil yang telah dialas ke dalam tin "patty".
  3. Gentel2 jem sebenar duit 10 sen dan letak di bahagian tengah doh tadi, tekan sedikit biar kemas. Hias ikut kreativiti masing. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Menghasilkan kurang lebih 80 hingga 90+ biji tat.....