Tuesday, December 18, 2012

Roti sosej

Pagi ni projek membuat roti pulak..

Resepinya:
180ml air suam
400gm tpg gandum jer
5sudu besar gula
2 sudu besar susu tpg
1sd teh garam
2sd teh serbuk yis
1sd teh bread improver
60gm butter/marjerin
1biji telor

Cara- caranya:

1.masukkan semua bahan ke dalam breadmaker ikut turutan. Pilih menu untuk buat doh roti. ON kan
2.Bila dah siap,Biarkan dlm breadmaker selama 20min.. Hingga naik sekali ganda.then keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
3.Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
4. Ambil satu bahagian bentukkan panjang kmdian lilitkan pada sosej.. Biarkan adunan seketika..bila dah naik Sapu dgn telur yang dipukul dgn sedikit susu cair.
5. Bakar dlm oven pada suhu 180•c selama lebihkurang 18min





Sunday, December 16, 2012

Laksam

Petang ni try buat laksam pulak..alhamdulillah menjadi...
Resepi untuk laksam tu diceduk dari myresepi..

Bahan-bahan ( dapat 12 gulung)

3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

bahan kuah:

5 ekor Ikan sadin (direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
5 ulas bwg putih
3 labu bwg besar( sederhana besar)
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan (500ml santan kotak jer)
6 Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

cili:
cili merah
belacan
garam
limau










Pizza oh pizza

Resepi untuk pizza base ni.. Diambil dari blog rakan2 yg dah sifu dalam bab masak memasak ni.. Ada jugak ubahsuai mengikut bahan yang ada ja.. Tapi alhamdulillah menjadi.. Lembut , rangup dan sedap... Dulu pernah juga buat tapi versi lain resepinya.. X sesedap yang ini..

So ni lah resepinya bagi sesiapa yg nak mencuba...
Bahan bahannya:
500 g tepung roti
250 ml air suam
10 g yis segera( saya pakai sepeket yg 11gm tu)
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega( letak marjerin je)
1 camca teh bread improver
( dlm resepi asal ada letak 1 sd teh bread softner..saya x letak .. Tapi x ketara ssngat effectnyer)

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam,bread improver dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
( saya masukkan semua bahan dslam breadmaker .. ON utk menu doh)
(adunan ini akan menghasilkan 3 biji pizza yg bersaiz medium)

Bagi topping nyer.. Ikut selera masing2 lah...
Biasanya.. Sapukan dengan minyak zaitun, sos tomato atau sos cili the letakkan bawang kuning yg dipotong bulat, lada capsicum .. Samada daging cincang yg dimasak dulu, sosej yg dipotong bulat, tuna ke sardin ke hatta seafood pun boleh aja..
Kita yang buat, so sesuka hati dan selera lah...
( Itu budak Amin sangat suka hati tak sabar nak makan.)





Alfatihah

Semuga Allah mencucuri Rahmat dan Rahimnya kepada Arwah Opah kami..
Kembalinya keRahmatullah pada 5ptg 13/12/2012.. Dan selamat disemadikan pada 11 pagi 14/12/2012...



Wednesday, December 12, 2012

Lega..

Alhamdulillah... Ingatkan blog ku ini dah terkubur... Lama sesungguhnya tak dak input dek kesibukkan menjalani kehidupan sebagai Hamba Allah yang serba kekurangan lagi keletihan..
Dengan sekali taip jer pasword.. Tara.. Dah bole masuk.. Dia macam otomatik jer pasword tu meluru keluar.. Asalnye macam ingat tak ingat jer...

So... Sbb blog ni banyak berkisah tentang masak dan Amin..ini yg dimasak bersama Amin pagi yg lalu..



Wednesday, September 28, 2011

Syawal dah habiss!

Assalamualaikum...semua...
Hari ni 30 syawal.!.fuh..30 hari kita beraya ek!..dalam beraya tu..ada jugak gementar nya..sebab anakanda ketiga Muhammad Hilman menduduki UPSR dan hari ni pulak hari ke3..PSRA...
Semuga berjaya" mumtaz" kedua dua peperiksaan tu...

Hamboii...lama sungguh tak berblogging...sbb sekarang asyikk jer dok berEFbying(FB)..He he he..sbb yg tu mudah utk update dan senang nk tau aktiviti kengkawan...

Tahun ni tak buat open house pun...cuma sesaper nak datang rumah sentiasa terbuka...tapi biasalah orang sekarang ..kalau kita tak officially jemput..orang macam segan nak datang..kita pun camtu jugak...he he..

Sebab lama tak upload gambar..so kali ni sesajer nak tunjuk gambar dengan staf2 yang datang beraya tempohari...he he..





Saturday, April 9, 2011

Mak aiii....



Sedar tak sedar dah dekat 1/2 taun..tak update blog ni....
sibuk sungguh..chek..sampai x dak masa nak boh gambark2 masakan...lagi pun sejak Amin makin ligat ni..chek masak memang tahap 12okm/jam..laju..main campak2 je..janji..masak semua lauk pauk tu..x dak la pulak yg mentah..terhanguih tu..adalah sekali sekala...

Kiranya..pagi2 tu..sebelum Amin bangun..chek ni..macam lipaih kudung..kedepan kebelakang kekiri kekanan..buar reja...ja..tapi tak pa ..chek suka sbb ..berat badan chek buleh turun sket..lagi pun chek la ni dok..ligat promosi produk kuruih badan..nama dia ..Litchin..keluaran Debella..(promot nampak!!) cara ambik ..hat enzim tu dua kali..pagi dan petang..hat fibre tu..malam sebelum tidork..Tu dia gambark dia kat bawah ni..